[Monolog Seorang Aku]
Syukur,
Syukur,
Syukur…
Sesungguhnya aku bersyukur kerana masih berpeluang bersujud kepadaMu, mengadapMu & menyembahMu walau dalam kepayahan & kesakitan.
Sesunggahnya aku bersyukur kerana tiada kecelakaan yang serius berlaku. Cuma sedikit luka di kedua2 belah tangan serta pendarahan di hidung & mulut. Pada ketika ini, luka sudah beransur hilang, hanya lebam2 yang jelas kelihatan. Cuma terasa sakit/sengal/lenguh seluruh badan.
Sesungguhnya aku bersyukur kerana hanya kehilangan purse yg mengadungi sedikit cash & segala jenis kad di dalamnya.(termasuk kad ATM & kad kredit). IC, driving license, hand phone, camera, kunci rumah & kunci kereta ada bersama ketika kejadian tidak di ambil (detail akan ku cerita di lain masa nanti).
Sesungguhnya aku bersyukur kerana punyai suami & anak2 yang memahami & sentiasa menemani. Merekalah semangat & sumber kekuatanku. Pada malamnya anak2 menemani aku berehat. Along memicit kepalaku sambil mengulangkaji pelajaran (along ada exam) hingga aku terlena. Adik walaupun masih kecil, kulihat memahami kesakitan & keperitan yg aku alami. Terima kasih juga pada suami yang sentiasa sabar melayan kami…
Sesungguhnya aku bersyukur kerana punyai keluarga yang prihatin & supportive. Setiap masa bertanyakan khabar & keadaanku walau dari jauh.
Sesungguhnya aku bersyukur kerana punyai sahabat, kawan & teman yang amat memahami. Sahabat2 baik, rakan sekerja, bekas rakan sekerja, jiran2 & teman2 di alam maya yg tidak jemu bertanya khabar melalui telefon, sms, komen & malah ada yg dtg menziarah. Terlalu ramai untuk kusenaraikan nama mereka di sini. Hanya terima kasih yang mampu kuucapkan. Moga Dia membalas budi baik kalian.
Sesungguhnya aku bersyukur kerana aku di kelilingi oleh orang yang menyanyangi aku. Sungguh aku terharu… Setiap yg berlaku mungkin ada hikmah yang tak mampu aku tafsirkan. Mungkin juga sebagai peringatan agar aku lebih bersyukur & menginsafi diri.
Sesungguhnya aku bersyukur kerana masih lagi bernafas di bumiMu…
***
Ribuan terima kasih kepada si peragut yang mencederakan ku tempohari. Menghadiahkan luka & lebam. Hadiah Ulang Tahun barangkali. Moga Dia bukakan pintu hatinya untuk bertaubat... Atas nasihat suami, aku anggapkan sebagai kehilangan tersebut sebagai zakat/sedekah yang aku keluarkan. Telah kuhalalkan segalanya walaupun kejadian tersebut tidak mungkin aku lupakan selagi hayat di kandung badan.
Sesungguhnya Hanya Dia Yang Maha Mengetahui...

11 comments:
Salam Intan,
Tak sangka kejadian ini masih berleluasa di tanahair. Geram juga rasanye.
Tapi, Intan jangan sedih2 ok...semoga cepat sembuh.
dan tak lupa, diucapkan selamat Hari Lahir. Semoga kebahagiaan, kerahmatan dan perlindungan-Nya sentiasa mengiringi kehidupan Intan sekeluarga.
sabooo yek kak Intan..alhamdulilah akak pulih semula dr trauma..mgkn amek masa..kita phm apa yg akak rasa skg sbb kita pon pnh kena huhuhuh..dn sedihnya manusia yg ada hnya sekadar melihat tnpa mberikn apa2 pertolongan yg sewajarnya..bila tingat balik sakit hati melihat masyarakat kita mcm tu :( sabooo yer kak..semoga ceria selalu
salam intan..syukur..intan selamat..
kty pun pernah kena ragut...dulu..syukur..wang & brg2 je ilang..betui kata suami intan...anggap brg yg ilang sedekah & zakat..semoga..peragut itu terbuka pintu utk bertaubat..takecare..yer
Alhamdulillah fizikal intan dah beransur pulih...trauma mungkin akan ambil masa nak hilang...byk2 berdoa dan bertenang..
kes2 jenayah kat m'sia mcm makin menjadi2...hish buat takut je nak balik...
Salam Intan...sesuatu yang berlaku itu pasti ada hikmahnya...dan syukur alhamdulillah Intan masih ada bersama keluarga dan kami...
Jaga diri Intan...
mungkin ada hikmah disebalik kejadian. Sabar ye intan.
Salam intan. Syukurlah intan dah ok. Kak tie turut rasa lega. Moga2 peristiwa itu takkan berulang lagi.
Sabarlah Intan, syukur Alhamdullilah telah pulih semangat Intan, dugaan dr ALLAH supaya kita mengingatiNYA
Intan..Kak Jie dah balik ni
seronok sembang2 smabil mengeteh dgn Intan pagi tu..hahaha..sembang tk hengat!
Siap ada wartawan dr Borneo Post tu..kehkeh
sykur alhamdulillah dan terimakasih, syukran kepada intan juga kerana sudi berkongsi ngan weolls, utk kita semua teladani
alhamdulilah intan..mesti ade hikmah kan :)
Post a Comment